Monday, April 24, 2006
Suasana di bilik kaunseling itu tenang dan sunyi. Puan Halimah duduk di kerusi, matanya sayu merenung Fahiza. "Saya sebagai anak terbuang, cikgu. Tidak ada kedamaian lagi dalam hidup saya sekarang," kata Fahiza dengan penuh hiba. Air matanya bergenang di kelopak mata. Fahiza mengesat matanya lalu berjalan menuju ke jendela. Matanya merah dan Fahiza kelihatan pasrah. Fahiza bimbang tentang arah tujuannya di masa hadapan. Kehidupannya yang mula berputik keremajaan terbuang begitu sahaja. Fahiza berasa dia telah kehilangan segalanya termasuk keluarganya sendiri. "Saya tidak tahu dengan siapa saya boleh percayai. Sedangkan ibu bapa saya sendiri, saya tidak dapat percayakan mereka," kata Fahiza sambil merenung jauh di jendela. "Apakah ini sudah menjadi tulisan hidup saya? " Fahiza menanyakan Puan Halimah. Fahiza pun mengimbas kembali kepada peristiwa lalu yang sungguh menakutkannya. Fahiza mempunyai sebelas orang adik beradik termasuknya. Ayahnya mempunyai empat isteri dan Fahiza merupakan anak yang ketiga kepada isteri pertama. Ayah Fahiza adalah seorang guru agama yang mengajar di sebuah madrasah. Oleh itu, keluarganya merupakan keluarga yang alim dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip ajaran agama Islam. Ketika usia Fahiza mencecah dua belas tahun, dia hairan dengan perwatakan yang aneh oleh kedua-dua orang kakaknya yang bernama Zafirah dan Faizah. Setiap malam, tepat pada jam sepuluh, kakak-kakaknya akan bergilir ganti masuk ke bilik ayahnya itu. Mereka hanya akan keluar dua jam selepas itu.Entah apa yang ayahnya dan kakak-kakaknya lakukan di dalam bilik tersebut. Fahiza pernah menanyakan soalan tersebut kepada ibunya. "Tidak usahlah Fahiza menanyakan soalan tersebut kepada ibu. Fahiza juga akan melalui yang sama seperti kakak-kakak Fahiza. Ini adalah arahan daripada ayah dan sebagai seorang anak yang solehah, Fahizah dan kakak-kakak tidak akan engkar perintah ayah," kata ibunya kepada Fahiza dengan wajah yang serba-salah. Fahiza masih tidak pasti dengan jawapan yang diberikan oleh ibunya itu. Jawapan ibunya tidak berasaskan dengan reaksi oleh kakak-kakaknya yang akan menangis tanpa henti setelah keluar daripada bilik itu setiap malam. Pernah juga sekali kakaknya, Zafirah telah dihantar ke Batam dan diikuti oleh ayahnya tetapi lawatan tersebut dirahsiakan. Fahiza berasa kurang senang dengan apa yang diperlakukan oleh kakak-kakaknya bersama ayah mereka. Pada suatu malam, sedang ibu dan adik-adik Fahiza tidur, Fahiza keluar daripada bilik tidurnya perlahan-lahan bagaikan seorang pencuri dan mengintip ke dalam bilik ayahnya. Nasib Fahizah sungguh beruntung kerana pintu bilik ayahnya itu tidak rapat. Fahizah ternampak kakaknya Faizah sedang berdua-duaan dengan ayahnya. Fahiza sungguh terkejut dengan apa yang dilihatnya itu. Sangkaan Fahiza tepat selama ini. Kakak-kakaknya telah lama dinodai oleh ayah mereka yang bernafsu buas itu. Malangnya kakak-kakaknya itu tidak pernah menceritakan tentang apa yang dilalui mereka. Mereka sekadar menurut sahaja segala permintaan ayah. Fahiza bersama adik-beradiknya mendiami di rumah tumpangan kanak-kanak Pertapis buat masa ini. Ayah mereka telah dijatuhkan hukuman tiga puluh dua tahun di dalam penjara dan dua puluh empat sebatan . Ibunya pula masih disoal siasat oleh anggota polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian tersebut. Fahiza bersyukur kerana peristiwa itu sudah pun berlalu dan ayahnya telah dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya yang tidak serupa manusia. "Saya sungguh kecewa, cikgu. Mengapa keluarga saya yang harus sejahat begini dan tidak dapat hidup bahagia seperti keluarga-keluarga yang lain?" Fahizah menceritakan segalanya kepada Puan Halimah. "Kejadian itu bagaikan luka yang meninggalkan parut. Saya tidak mempunyai siapa-siapa lagi di dalam kehidupan ini. Selama ini saya percayakan ayah saya dan tidak mensyaki apa-apa terhadap dia. Harapkan pagar, pagar makan padi. Sekarang, saya malu untuk bertentang mata dengan kawan-kawan saya dan saya sudah bersumpah tidak akan mengaku lelaki yang kejam itu bahawa dia adalah ayah saya,"kata Fahiza sambil mengesat air mata yang mencurah-curah di pipinya. Walaupun tragedi tersebut sudah berakhir, Fahizah melalui trauma dan berasa kecundang dalam masalah peribadinya. Kekecewaannya itu berbekalkan cekal dan tekad.
5:25 PM
|