Thursday, March 09, 2006

Rahimah bte Muhammad Iqbal
Blok 753 Yishun Street 13
#07-351
Singapura 760753
10.03.06
Menemui saudari Sakinah
dengan selamatnya,
Assalamualaikum saudari Sakinah. Apa khabar saudari di sana? Harap saudari serta keluarga sihat sejahtera. Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas pencapaian saudari dalam mata pelajaran Kimia dalam GCE O'. Walaupun saudari tidak begitu camerlang dalam Bahasa Melayu, saya begitu hormat atas kegigihan saudari yang tidak pernah putus asa dalam pelajaran.
Saya juga pernah mengalami nasib yang sama seperti saudari. Di sekolah rendah, penguasaan Bahasa Melayu saya lemah dan kerap gagal dalam peperiksaan. Sebab itu, saya berasa malu kehadapan rakan-rakan yang asyik mentertawakan saya kerana tidak berfasih dalam Bahasa Melayu. Saya tidak pernah berputus asa. Ketika itu, saya percaya pada diri saya bahawa suatu hari nanti, saya akan cemerlang dalam Bahasa Melayu. Saya berusaha dengan lebih gigih dalam mata pelajaran tersebut. Saya mengikuti kelas tuisyen Bahasa Melayu selepas sekolah dan tidak henti-henti membuat latihan bahasa seperti kefahaman dan karangan .
Akhirnya usaha saya itu membawa tuah. Saya berjaya dalam Bahasa Melayu di sekolah menengah dan tidak pernah terlalu yakin walaupun cemerlang dalam mata pelajaran tersebut. Mendapat gred 'A' dalam Bahasa Melayu di GCE 'O' memang impian saya sejak di sekolah rendah lagi. Ia bagaikan sebuah mimpi yang menjadi nyata.
Saya percaya bahawa saudari Sakinah juga boleh cemerlang dalam Bahasa Melayu. Saudari harus yakin bahawa saudari boleh meningkatkan lagi mutu penguasaan bahasa Melayu. Jangan malu dan segan untuk menanyakan soalan kepada guru bak kata pepatah malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. Saudari harus memupuk minat untuk membaca novel-novel bahasa Melayu dan membuat banyak latihan. Jikalau saudari inginkan pertolongan yang lanjut, saudari boleh mengikuti kelas tuisyen. Saya mengesyorkan saudari untuk membuat jadual kerja supaya saudari dapt membahagikan masa dan konsisten dalam pelajaran. Jika saudari dalam keraguan, saya dengan tangan terbuka boleh menolong saudari dalam bahasa Melayu. Saudari harus bersemangat waja dan berusaha bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Saya harap dengan langkah-langkah tersebut, saudari Sakinah dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa Melayu. Dengan itu, saya mengakhiri warkah ini dangan mengucapkan selamat berjaya dan semoga saudari cemerlang dalam apa jua dalam masa akan datang.
Yang benar,
Rahimah binte Muhammad Iqbal

5:47 PM