Wednesday, March 29, 2006

Aku bangkang dengan kenyataan tersebut. Aku sungguh tidak setuju. Aku ingin menegakkan kebenaran. Pada pendapat aku, wanita memang sesuai untuk menceburkan diri dalam politik. Wanita layak jadi pemimpin sesebuah negara. Apa salahnya? Lihat negara Filipina, negara tersebut dipimpin oleh seorang wanita bernama Presiden Arroyo. Negara Indonesia pula pernah dipimpin oleh Presiden Megawati dan Permaisuri Elizabeth yang memimpin negeri England. Walaupun negara-negara ini dipimpin oleh wanita, ia membawa kemajuan kepada sesebuah negara tersebut. Negeri England adalah sesebuah negeri yang kaya dan masih dipimpin oleh seorang wanita yang usianya sudah kini lanjut.

Ia tidak bermakna bahawa kaum wanita ini dianggap lemah maka tidak boleh menceburkan diri dalam politik. Wanita zaman sekarang ini lebih cekal, pandai dan berani mengambil cabaran. Kadang-kala wanita itu lebih kuat jikalau dibandingkan dengan sesetengah lelaki. Wanita sekarang kebanyakannya mempunyai ijazah dalam politik dan layak menceburkan diri dalam politik. Wanita kian lebih moden dan setaraf dengan kaum lelaki. Apa saja kaum lelaki boleh laksanakan, tentu saja kaum wanita juga dapat melaksanakannya juga. Jangan sekali memandang rendah terhadap kaum wanita.

Tahukah anda bahawa seseorang wanita itu berdiri teguh di belakang kejayaan seorang lelaki.
Kenyataan itu adalah fakta kerana ia telah dibuktikan pada zaman moden ini.
Dengan itu, saya sekali lagi menyatakan bahawa wanita patut menceburi dalam politik.

9:43 PM