Wednesday, February 22, 2006
Pada pendapat aku, pil melangsingkan badan dan ubatan tradisional tidak dapat mengatasi masalah kegemukan. Memakan pil melangsingkan badan sudah pun menjadi sebuah trend dikalangan wanita-wanita hari ini. Iklan-iklan tentang pil melangsingkan badan banyak didapati di akhbar dan TV. Pil melangsingkan badan ini mungkin mujarab kepada sesetengah wanita tetapi ia nya boleh memudaratkan kesihatan. Dua tahun yang lalu, pelakon Singapura Andrea De Cruz telah jatuh sakit akibat mengambil pil melangsingkan badan. Ia nya sebuah berita yang begitu gawat dan dia bukanlah seorang sahaja yang bernasib begini. Malah, ada ramai wanita lagi yang telah jatuh sakit dan ada yang meninggal akibat pil-pil tersebut. Ada sesetengah wanita yang memakan jamu dan ubatan tradisional untuk melangsingkan badan. Wanita-wanita ini masih tidak sedar akan kesan sampingannya jikalau mengambil ubatan-ubatan tersebut dengan banyak. Walaupun begitu, aku tetap bersetuju bahawa seorang wanita yang ingin menguruskan badan harus bersenam .Walaupun ia tugas yang berat, ia adalah cara yang mudah ,selamat dan dapat menjimatkan duit ... FIKIRKAN
6:14 PM
|