Monday, April 24, 2006
Suasana di bilik kaunseling itu tenang dan sunyi. Puan Halimah duduk di kerusi, matanya sayu merenung Fahiza. "Saya sebagai anak terbuang, cikgu. Tidak ada kedamaian lagi dalam hidup saya sekarang," kata Fahiza dengan penuh hiba. Air matanya bergenang di kelopak mata. Fahiza mengesat matanya lalu berjalan menuju ke jendela. Matanya merah dan Fahiza kelihatan pasrah. Fahiza bimbang tentang arah tujuannya di masa hadapan. Kehidupannya yang mula berputik keremajaan terbuang begitu sahaja. Fahiza berasa dia telah kehilangan segalanya termasuk keluarganya sendiri. "Saya tidak tahu dengan siapa saya boleh percayai. Sedangkan ibu bapa saya sendiri, saya tidak dapat percayakan mereka," kata Fahiza sambil merenung jauh di jendela. "Apakah ini sudah menjadi tulisan hidup saya? " Fahiza menanyakan Puan Halimah. Fahiza pun mengimbas kembali kepada peristiwa lalu yang sungguh menakutkannya. Fahiza mempunyai sebelas orang adik beradik termasuknya. Ayahnya mempunyai empat isteri dan Fahiza merupakan anak yang ketiga kepada isteri pertama. Ayah Fahiza adalah seorang guru agama yang mengajar di sebuah madrasah. Oleh itu, keluarganya merupakan keluarga yang alim dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip ajaran agama Islam. Ketika usia Fahiza mencecah dua belas tahun, dia hairan dengan perwatakan yang aneh oleh kedua-dua orang kakaknya yang bernama Zafirah dan Faizah. Setiap malam, tepat pada jam sepuluh, kakak-kakaknya akan bergilir ganti masuk ke bilik ayahnya itu. Mereka hanya akan keluar dua jam selepas itu.Entah apa yang ayahnya dan kakak-kakaknya lakukan di dalam bilik tersebut. Fahiza pernah menanyakan soalan tersebut kepada ibunya. "Tidak usahlah Fahiza menanyakan soalan tersebut kepada ibu. Fahiza juga akan melalui yang sama seperti kakak-kakak Fahiza. Ini adalah arahan daripada ayah dan sebagai seorang anak yang solehah, Fahizah dan kakak-kakak tidak akan engkar perintah ayah," kata ibunya kepada Fahiza dengan wajah yang serba-salah. Fahiza masih tidak pasti dengan jawapan yang diberikan oleh ibunya itu. Jawapan ibunya tidak berasaskan dengan reaksi oleh kakak-kakaknya yang akan menangis tanpa henti setelah keluar daripada bilik itu setiap malam. Pernah juga sekali kakaknya, Zafirah telah dihantar ke Batam dan diikuti oleh ayahnya tetapi lawatan tersebut dirahsiakan. Fahiza berasa kurang senang dengan apa yang diperlakukan oleh kakak-kakaknya bersama ayah mereka. Pada suatu malam, sedang ibu dan adik-adik Fahiza tidur, Fahiza keluar daripada bilik tidurnya perlahan-lahan bagaikan seorang pencuri dan mengintip ke dalam bilik ayahnya. Nasib Fahizah sungguh beruntung kerana pintu bilik ayahnya itu tidak rapat. Fahizah ternampak kakaknya Faizah sedang berdua-duaan dengan ayahnya. Fahiza sungguh terkejut dengan apa yang dilihatnya itu. Sangkaan Fahiza tepat selama ini. Kakak-kakaknya telah lama dinodai oleh ayah mereka yang bernafsu buas itu. Malangnya kakak-kakaknya itu tidak pernah menceritakan tentang apa yang dilalui mereka. Mereka sekadar menurut sahaja segala permintaan ayah. Fahiza bersama adik-beradiknya mendiami di rumah tumpangan kanak-kanak Pertapis buat masa ini. Ayah mereka telah dijatuhkan hukuman tiga puluh dua tahun di dalam penjara dan dua puluh empat sebatan . Ibunya pula masih disoal siasat oleh anggota polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian tersebut. Fahiza bersyukur kerana peristiwa itu sudah pun berlalu dan ayahnya telah dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya yang tidak serupa manusia. "Saya sungguh kecewa, cikgu. Mengapa keluarga saya yang harus sejahat begini dan tidak dapat hidup bahagia seperti keluarga-keluarga yang lain?" Fahizah menceritakan segalanya kepada Puan Halimah. "Kejadian itu bagaikan luka yang meninggalkan parut. Saya tidak mempunyai siapa-siapa lagi di dalam kehidupan ini. Selama ini saya percayakan ayah saya dan tidak mensyaki apa-apa terhadap dia. Harapkan pagar, pagar makan padi. Sekarang, saya malu untuk bertentang mata dengan kawan-kawan saya dan saya sudah bersumpah tidak akan mengaku lelaki yang kejam itu bahawa dia adalah ayah saya,"kata Fahiza sambil mengesat air mata yang mencurah-curah di pipinya. Walaupun tragedi tersebut sudah berakhir, Fahizah melalui trauma dan berasa kecundang dalam masalah peribadinya. Kekecewaannya itu berbekalkan cekal dan tekad.
5:25 PM
Wednesday, March 29, 2006
Aku bangkang dengan kenyataan tersebut. Aku sungguh tidak setuju. Aku ingin menegakkan kebenaran. Pada pendapat aku, wanita memang sesuai untuk menceburkan diri dalam politik. Wanita layak jadi pemimpin sesebuah negara. Apa salahnya? Lihat negara Filipina, negara tersebut dipimpin oleh seorang wanita bernama Presiden Arroyo. Negara Indonesia pula pernah dipimpin oleh Presiden Megawati dan Permaisuri Elizabeth yang memimpin negeri England. Walaupun negara-negara ini dipimpin oleh wanita, ia membawa kemajuan kepada sesebuah negara tersebut. Negeri England adalah sesebuah negeri yang kaya dan masih dipimpin oleh seorang wanita yang usianya sudah kini lanjut. Ia tidak bermakna bahawa kaum wanita ini dianggap lemah maka tidak boleh menceburkan diri dalam politik. Wanita zaman sekarang ini lebih cekal, pandai dan berani mengambil cabaran. Kadang-kala wanita itu lebih kuat jikalau dibandingkan dengan sesetengah lelaki. Wanita sekarang kebanyakannya mempunyai ijazah dalam politik dan layak menceburkan diri dalam politik. Wanita kian lebih moden dan setaraf dengan kaum lelaki. Apa saja kaum lelaki boleh laksanakan, tentu saja kaum wanita juga dapat melaksanakannya juga. Jangan sekali memandang rendah terhadap kaum wanita. Tahukah anda bahawa seseorang wanita itu berdiri teguh di belakang kejayaan seorang lelaki. Kenyataan itu adalah fakta kerana ia telah dibuktikan pada zaman moden ini. Dengan itu, saya sekali lagi menyatakan bahawa wanita patut menceburi dalam politik.
9:43 PM
Thursday, March 09, 2006
Rahimah bte Muhammad Iqbal Blok 753 Yishun Street 13 #07-351 Singapura 760753 10.03.06 Menemui saudari Sakinah dengan selamatnya, Assalamualaikum saudari Sakinah. Apa khabar saudari di sana? Harap saudari serta keluarga sihat sejahtera. Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas pencapaian saudari dalam mata pelajaran Kimia dalam GCE O'. Walaupun saudari tidak begitu camerlang dalam Bahasa Melayu, saya begitu hormat atas kegigihan saudari yang tidak pernah putus asa dalam pelajaran. Saya juga pernah mengalami nasib yang sama seperti saudari. Di sekolah rendah, penguasaan Bahasa Melayu saya lemah dan kerap gagal dalam peperiksaan. Sebab itu, saya berasa malu kehadapan rakan-rakan yang asyik mentertawakan saya kerana tidak berfasih dalam Bahasa Melayu. Saya tidak pernah berputus asa. Ketika itu, saya percaya pada diri saya bahawa suatu hari nanti, saya akan cemerlang dalam Bahasa Melayu. Saya berusaha dengan lebih gigih dalam mata pelajaran tersebut. Saya mengikuti kelas tuisyen Bahasa Melayu selepas sekolah dan tidak henti-henti membuat latihan bahasa seperti kefahaman dan karangan . Akhirnya usaha saya itu membawa tuah. Saya berjaya dalam Bahasa Melayu di sekolah menengah dan tidak pernah terlalu yakin walaupun cemerlang dalam mata pelajaran tersebut. Mendapat gred 'A' dalam Bahasa Melayu di GCE 'O' memang impian saya sejak di sekolah rendah lagi. Ia bagaikan sebuah mimpi yang menjadi nyata. Saya percaya bahawa saudari Sakinah juga boleh cemerlang dalam Bahasa Melayu. Saudari harus yakin bahawa saudari boleh meningkatkan lagi mutu penguasaan bahasa Melayu. Jangan malu dan segan untuk menanyakan soalan kepada guru bak kata pepatah malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. Saudari harus memupuk minat untuk membaca novel-novel bahasa Melayu dan membuat banyak latihan. Jikalau saudari inginkan pertolongan yang lanjut, saudari boleh mengikuti kelas tuisyen. Saya mengesyorkan saudari untuk membuat jadual kerja supaya saudari dapt membahagikan masa dan konsisten dalam pelajaran. Jika saudari dalam keraguan, saya dengan tangan terbuka boleh menolong saudari dalam bahasa Melayu. Saudari harus bersemangat waja dan berusaha bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Saya harap dengan langkah-langkah tersebut, saudari Sakinah dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa Melayu. Dengan itu, saya mengakhiri warkah ini dangan mengucapkan selamat berjaya dan semoga saudari cemerlang dalam apa jua dalam masa akan datang. Yang benar, Rahimah binte Muhammad Iqbal
5:47 PM
Wednesday, February 22, 2006
Kalau mengikutkan hati, pastinya aku memilih kekayaan. Beritahu aku, siapa dalam dunia ini yang tidak mengejarkan wang ? Pastinya ia adalah sebuah impian bagi semua orang. Aku mengimpikan untuk berjaya dalam perkejaan pada masa hadapan dan bergaji tinggi. Aku ingin memiliki semuanya seperti kereta dan rumah yang mewah lagi indah. Wang dapat membeli apa saja keperluan aku. Pahitnya, kekayaan hanya boleh dikecapi di dunia(takkan nak bawa duit masuk dalam kubur). Kekayaan dan kesihatan...mana satu yang akan aku pilih ?? Kesihatan itu pentingn dan tidak semua orang yang mementingkan kesihatan mereka. Mereka hanya mengejarkan wang tanpa mempedulikan kesihatan.Mereka kerap jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. KESIAN ...!!!
6:44 PM
Pada pendapat aku, pil melangsingkan badan dan ubatan tradisional tidak dapat mengatasi masalah kegemukan. Memakan pil melangsingkan badan sudah pun menjadi sebuah trend dikalangan wanita-wanita hari ini. Iklan-iklan tentang pil melangsingkan badan banyak didapati di akhbar dan TV. Pil melangsingkan badan ini mungkin mujarab kepada sesetengah wanita tetapi ia nya boleh memudaratkan kesihatan. Dua tahun yang lalu, pelakon Singapura Andrea De Cruz telah jatuh sakit akibat mengambil pil melangsingkan badan. Ia nya sebuah berita yang begitu gawat dan dia bukanlah seorang sahaja yang bernasib begini. Malah, ada ramai wanita lagi yang telah jatuh sakit dan ada yang meninggal akibat pil-pil tersebut. Ada sesetengah wanita yang memakan jamu dan ubatan tradisional untuk melangsingkan badan. Wanita-wanita ini masih tidak sedar akan kesan sampingannya jikalau mengambil ubatan-ubatan tersebut dengan banyak. Walaupun begitu, aku tetap bersetuju bahawa seorang wanita yang ingin menguruskan badan harus bersenam .Walaupun ia tugas yang berat, ia adalah cara yang mudah ,selamat dan dapat menjimatkan duit ... FIKIRKAN
6:14 PM
Wednesday, February 15, 2006
Assalamualikum , Jika aku diberikan kesempatan memulakan sebuah perniagaan, aku ingin membuka sebuah restoran makanan 'Western'. Aku mendapati bahawa ramai kanak-kanak mahu pun orang dewasa menyukai makanan 'Western'. Aku ingin sekali membuka restoran di kawasan Orchard dan menarik perhatian orang ramai untuk datang ke restoran aku dan menjamu selera. Aku akan menawarkan berbagai hidangan makanan 'Western' yang paling disukai ramai dan melayan pelanggan sebaik mungkin . Aku akan menggajikan pelayan-pelayan yang menepati kerja untuk memberikan layanan yang memuaskan kepada pelanggan. Restoran tersebut pasti menggembirakan orang ramai dengan layanan yang baik dan hidangan-hidangan yang sedap belaka. Aku mengharap, perniagaan yang aku idamkan ini berjaya dan dikenali ramai . Ini hanyalah sebuah idaman dan tidak mungkin akan menjadi sebuah realiti ...
6:22 PM
|